Menu

Saturday

Audit Dalaman EKSA JKDM Johor Bil. 1/2018

Pada 08 April 2018, satu Lawatan Audit Dalaman EKSA JKDM telah diadakan ke Jabatan Kastam Diraja Malaysia Pasir Gudang untuk melihat, menjana idea dan menanda aras sejauh mana keperluan EKSA di Kompleks Import Eksport, Jabatan Kastam Diraja Malaysia Pasir Gudang.

Lawatan oleh Jawatankuasa Audit Dalaman EKSA JKDM Johor ini diketuai oleh Tn. Ahmad Bin Ismail dan 3 orang pegawai lain iaitu Pn. Siti Nor Anira Binti Abdul Rashid, Pn. Siti Nadiah Binti Jomberi dan Pn. Aneza Binti Doal.

Banyak input dan idea dapat dikongsikan bersama selain melihat dan meninjau bagaimana perlaksanaan EKSA dilakukan di bangunan baru Kompleks Import Eksport, Jabatan Kastam Diraja Malaysia Pasir Gudang.

Lawatan diakhiri dengan sesi jamuan. Semoga pertemuan ini dapat juga meningkatkan hubungan silaturahim dan kemesraan antara warga Kastam.











No comments:

Post a Comment