Menu

Sunday

Gotong-Royong sempena Audit D.I.Y

Pasukan Eksa Zon Anggerik telah dimaklumkan bahawa Pasukan Audit EKSA Ibu Pejabat akan mengadakan Lawatan Audit ke JKDM Pasir Gudang pada 24 April 2018. Sehubungan dengan itu, kami sepasukan telah mengadakan gotong-royong pada 22 April & 23 April 2018.

Mengemas kotak-kotak untuk pelupusan
Membuat label dan tagging

Memasang papan tanda Visi Misi di pejabat bangunan baru
Mengemaskini Carta Organisasi


EKSA - Sebelum & Selepas


Sebelum : Fail lama tidak tersusun
Selepas : Fail telah dikemaskini dan disusun rapi


Sebelum : Ruang alat tulis bersepah, tidak tersusun dan tiada label
Selepas : Ruangan alat tulis telah disusun rapi dan dilabel mengikut keperluan sahaja


Sebelum : Ruang Kubikel bahagian pengurusan tidak tersusun
Selepas : Ruang kubikel telah disusun dengan lebih kemas


Sebelum : Kabel komputer berselerak
Selepas : Kabel komputer telah dikemas rapi


Sebelum : Papan notis terbiar dan tidak disusun dengan baik
Selepas : Papan notis disusun rapi dan dikemaskini dengan info-info terkini


Sebelum : Buku rekod di kaunter tidak dilabel dan disampul
Selepas : Buku rekod telah disampul dan dilabel


Sebelum : Pantri berada dalam keadaan yang tidak kemas
Selepas : Pantri telah dikemas dengan baik


Sebelum : Ruang penyelia tidak berada di dalam keadaan yang strategi
Selepas : Ruang penyelia telah dialih dan berada di dalam keadaan yang selesa

Saturday

Perlantikan AJK Pasukan Eksa 2018

Dalam memastikan perjalanan EKSA berjaya dan mencapai matlamat, seperti biasa perlantikan AJK di Zon Anggerik telah dibuat. Hal ini amat penting untuk menyelaras, memastikan perjalanan dan segalan kegiatan dapat dilakukan secara bersama-sama dan tidak hanya mengharap penglibatan daripada satu bahagian sahaja.

Di bawah adalah senarai nama AJK bagi Zon Anggerik 2018 :





Audit Dalaman EKSA JKDM Johor Bil. 1/2018

Pada 08 April 2018, satu Lawatan Audit Dalaman EKSA JKDM telah diadakan ke Jabatan Kastam Diraja Malaysia Pasir Gudang untuk melihat, menjana idea dan menanda aras sejauh mana keperluan EKSA di Kompleks Import Eksport, Jabatan Kastam Diraja Malaysia Pasir Gudang.

Lawatan oleh Jawatankuasa Audit Dalaman EKSA JKDM Johor ini diketuai oleh Tn. Ahmad Bin Ismail dan 3 orang pegawai lain iaitu Pn. Siti Nor Anira Binti Abdul Rashid, Pn. Siti Nadiah Binti Jomberi dan Pn. Aneza Binti Doal.

Banyak input dan idea dapat dikongsikan bersama selain melihat dan meninjau bagaimana perlaksanaan EKSA dilakukan di bangunan baru Kompleks Import Eksport, Jabatan Kastam Diraja Malaysia Pasir Gudang.

Lawatan diakhiri dengan sesi jamuan. Semoga pertemuan ini dapat juga meningkatkan hubungan silaturahim dan kemesraan antara warga Kastam.











Tuesday

Aktiviti EKSA Zon Anggerik : Bengkel Bil. 1 2018

Pada 01-02 April 2018, Zon Anggerik telah mengadakan aktiviti pertama bagi tahun 2018. Bengkel Bil. 1 telah diadakan di bangunan baru Zon Anggerik. Kesemua AJK Eksa bahagian pengurusan, import dan eksport telah terlibat.