Menu

Thursday

Lawatan Penandaarasan di JKDM Kedah dan Kuaters JKDM Penang

Kali ini, JKDM Pasir Gudang telah mengadakan lawatan penandaarasan ke JKDM Kedah serta ke Kuaters JKDM Penang. Lawatan telah berlangsung pada 27-28 November 2016. Seramai lebih kurang 25 ahli jawatankuasa Eksa Pasir Gudang telah menyertai lawatan tersebut.

27 NOVEMBER 2016



Lawatan bermula pada jam 1000 pagi, disambut oleh beberapa ahli jawatankuasa Eksa JKDM Kedah. Seterusnya kami dibawa terus ke bilik mesyuarat untuk mendengar beberapa taklimat serta keterangan mengenai amalan Eksa di JKDM Kedah.









Pasukan Eksa JKDM Pasir Gudang di bawa ke Bahagian Pentadbiran seterusnya ke bilik fail Pejabat JKDM Kedah. Kami mempelajari cara mereka mengendalikan fail-fail lama dan fail tahun-tahun berikutnya. Bilik fail mereka didapati sangat sistematik dan memenuhi kriteria seperti bersih, tidak berdebu, tersusun dan kemas. Kemudian, kami ke Bahagian Kewangan, GST seterusnya kawasan Juruwang. Meja dan susunan perabot di bilik-bilik pegawai telah dipastikan supaya kemas, teratur dan bersesuaian.

Sepanjang melalui laluan utama Kompleks Kastam Alor Star, semua susunan peralatan atau hiasan di kelihatan sentiasa kemas, bersih dan teratur dan tiada halangan di semua laluan dan pintu kecemasan. Akhir sekali kami telah di bawa ke bahagian penguatkuasaan yang terletak di aras bawah Kompleks Kastam Alor Star.

28 NOVEMBER 2017

Ahli Pasukan EKSA JKDM Pasir Gudang bertolak seawal 0830 pagi daripada Villa Mess Kastam Alor Star, Kedah untuk meneruskan Lawatan Penandaarasan ke Perumahan Kastam Bukit Gelugor, Pulau Pinang. Setibanya di sana kami disambut oleh pegawai atasan persatuan penduduk perumahan dan di bawa terus ke bilik mesyuarat Persatuan Penduduk Perumahan Kastam.

Kami diberi beberapa penerangan dan taklimat megenai aktiviti-aktiviti Perumahan Kastam Bukit Gelugor. Ahli rombongan Eksa JKDM dipelawa untuk menjamu selera sambil bertukar pandangan dan pendapat mengenai masalah dan aktiviti perumahan masing-masing.

Seterusnya, ahli rombongan di bawa melawat ke ‘Homestay’ Perumahan Kastam Bukit Gelugor yang mana perumahan itu dikendalikan oleh Pasukan Pewakas Bukit Gelugor. Kami juga diberi penerangan berkaitan kawasan parkir bertingkat kawasan Perumahan tersebut.

Akhir program, kesemua ahli rombongan Eksa berkumpul di Surau Perumahan Kastam Bukit Gelugor untuk sesi bergambar sebagai kenang-kenangan.













No comments:

Post a Comment