Menu

Thursday

Gotong Royong Bil.1/2017 JKDM Pasir Gudang

Sempena Lawatan Audit Dalam EKSA JKDM Johor Bil. 1/2017 yang akan berlangsung pada 19 Februari 2017, pihak JKDM Pasir Gudang telah mengadakan gotong-royong pada 12 Februari lepas.

Kesemua ahli EKSA dan juga kakitangan yang terlibat DIWAJIBKAN hadir untuk menjayakan program.












                          






















Program Kesedaran Eksa & Bengkel Eksa JKDM Johor.

Pada 06-08 Februari 2017, pihak pengurusan JKDM Johor telah menganjurkan dua program iaitu Bengkel Eksa dan juga Program Kesedaran Eksa. Beberapa orang ahli pasukan Eksa JKDM Pasir Gudang telah dipilih untuk menghadiri program tersebut.

Bengkel Eksa 06-07 Februari 2017 (Isnin - Selasa)





Program Kesedaran EKSA pula dibuat pada 08 Februari 2017 (Rabu). Kesemua Zon Eksa seluruh Johor yang terlibat hadir sebelum 8.00 pagi untuk pendaftaran. Program bermula dengan beberapa sesi taklimat dan juga perasmian Gotong Royong Perdana oleh Pengarah Kastam Negeri Johor.












AHLI JAWATANKUASA PASUKAN EKSA JKDM PASIR GUDANG 2017

Perlantikan AJK Pasukan Eksa JKDM Pasir Gudang 2017 telah dibuat pada 15 Januari 2017 bagi bersama-sama berganding bahu merealisasikan Ekosistem Kondusif Sektor Awam di JKDM Pasir Gudang sekaligus memperoleh Pensijilan EKSA pada tahun ini.

Antara bahagian-bahagian yang perlu dititik beratkan adalah seperti berikut :



Lawatan Penandaarasan di JKDM Kedah dan Kuaters JKDM Penang

Kali ini, JKDM Pasir Gudang telah mengadakan lawatan penandaarasan ke JKDM Kedah serta ke Kuaters JKDM Penang. Lawatan telah berlangsung pada 27-28 November 2016. Seramai lebih kurang 25 ahli jawatankuasa Eksa Pasir Gudang telah menyertai lawatan tersebut.

27 NOVEMBER 2016



Lawatan bermula pada jam 1000 pagi, disambut oleh beberapa ahli jawatankuasa Eksa JKDM Kedah. Seterusnya kami dibawa terus ke bilik mesyuarat untuk mendengar beberapa taklimat serta keterangan mengenai amalan Eksa di JKDM Kedah.









Pasukan Eksa JKDM Pasir Gudang di bawa ke Bahagian Pentadbiran seterusnya ke bilik fail Pejabat JKDM Kedah. Kami mempelajari cara mereka mengendalikan fail-fail lama dan fail tahun-tahun berikutnya. Bilik fail mereka didapati sangat sistematik dan memenuhi kriteria seperti bersih, tidak berdebu, tersusun dan kemas. Kemudian, kami ke Bahagian Kewangan, GST seterusnya kawasan Juruwang. Meja dan susunan perabot di bilik-bilik pegawai telah dipastikan supaya kemas, teratur dan bersesuaian.

Sepanjang melalui laluan utama Kompleks Kastam Alor Star, semua susunan peralatan atau hiasan di kelihatan sentiasa kemas, bersih dan teratur dan tiada halangan di semua laluan dan pintu kecemasan. Akhir sekali kami telah di bawa ke bahagian penguatkuasaan yang terletak di aras bawah Kompleks Kastam Alor Star.

28 NOVEMBER 2017

Ahli Pasukan EKSA JKDM Pasir Gudang bertolak seawal 0830 pagi daripada Villa Mess Kastam Alor Star, Kedah untuk meneruskan Lawatan Penandaarasan ke Perumahan Kastam Bukit Gelugor, Pulau Pinang. Setibanya di sana kami disambut oleh pegawai atasan persatuan penduduk perumahan dan di bawa terus ke bilik mesyuarat Persatuan Penduduk Perumahan Kastam.

Kami diberi beberapa penerangan dan taklimat megenai aktiviti-aktiviti Perumahan Kastam Bukit Gelugor. Ahli rombongan Eksa JKDM dipelawa untuk menjamu selera sambil bertukar pandangan dan pendapat mengenai masalah dan aktiviti perumahan masing-masing.

Seterusnya, ahli rombongan di bawa melawat ke ‘Homestay’ Perumahan Kastam Bukit Gelugor yang mana perumahan itu dikendalikan oleh Pasukan Pewakas Bukit Gelugor. Kami juga diberi penerangan berkaitan kawasan parkir bertingkat kawasan Perumahan tersebut.

Akhir program, kesemua ahli rombongan Eksa berkumpul di Surau Perumahan Kastam Bukit Gelugor untuk sesi bergambar sebagai kenang-kenangan.