Menu

Tuesday

LAWATAN KERJA PENANDAARASAN AMALAN EKSA KE MAJLIS BANDARAYA JOHOR BAHRU

Pada 8 Mac 2015 yang lalu, seramai 19 orang ahli rombongan yang terdiri daripada Ketua Kastam Pasir Gudang, Fasilitator EKSA JKDM Pasir Gudang, Pengerusi EKSA JKDM Pasir Gudang serta beberapa orang ahli Jawatankuasa EKSA JKDM Pasir Gudang telah mengadakan Lawatan Kerja Penandaarasan mengenai EKSA atau dahulunya dikenali sebagai Amalan 5S ke Majlis Bandaraya Johor BAhru (MBJB). Tepat jam 0800 Pagi, ahli rombongan kami menaikicoaster dan bertolak dari JKDM Pasir Gudang pada jam 0815 pagi. Kami tiba di MBJB lebih kurang jam 0850 pagi dan disambut mesra oleh wakil dari MBJB. Ahli rombongan kami dibawa ke bilik tayangan bagi sesi taklimat yang disampaikan oleh wakil dari MBJB. Persembahan slaid turut dipersembahkan kepada kami bagi tujuan perkongsian informasi. Setelah itu, Ketua Kastam kami dijemput bagi memberikan ucapan sepatah dua kata. Selesai sesi ucapan, diteruskan lagi dengan sesi soal jawab bagi menjawab segala persoalan yang terbuku di hati kami. Setelah itu, kami dibawa melawat ke beberapa unit yang terdapat di MBJB bagi melihat sendiri dengan lebih dekat keadaan dan situasi kerja warga MBJB. Ternyata banyak info-info baru yang kami dapat dari sesi lawatan ini. Kami juga sempat bertukar-tukar pendapat bagi menambah baik mutu perkhidmatan kami. Terima Kasih diucapkan kepada MBJB kerana sudi menyambut mesra kehadiran kami. Semoga ilmu dan informasi yang diberi sediikit sebanyak dapat memberi kami sumber inspirasi bagi menaikkan lagi mutu perkhidmatan kami.














No comments:

Post a Comment