EKSA ZON ANGGERIK
PERSEKITARAN KONDUSIF DAN BERKUALITI PEMANGKIN KECEMERLANGAN KERJA
Sunday
Gotong-Royong sempena Audit D.I.Y
Pasukan Eksa Zon Anggerik telah dimaklumkan bahawa Pasukan Audit EKSA Ibu Pejabat akan mengadakan Lawatan Audit ke JKDM Pasir Gudang pada 24 April 2018. Sehubungan dengan itu, kami sepasukan telah mengadakan gotong-royong pada 22 April & 23 April 2018.
EKSA - Sebelum & Selepas
Sebelum : Fail lama tidak tersusun
Selepas : Fail telah dikemaskini dan disusun rapi
Sebelum : Ruang alat tulis bersepah, tidak tersusun dan tiada label
Selepas : Ruangan alat tulis telah disusun rapi dan dilabel mengikut keperluan sahaja
Sebelum : Ruang Kubikel bahagian pengurusan tidak tersusun
Selepas : Ruang kubikel telah disusun dengan lebih kemas
Sebelum : Kabel komputer berselerak
Selepas : Kabel komputer telah dikemas rapi
Selepas : Papan notis disusun rapi dan dikemaskini dengan info-info terkini
Sebelum : Buku rekod di kaunter tidak dilabel dan disampul
Selepas : Buku rekod telah disampul dan dilabel
Sebelum : Pantri berada dalam keadaan yang tidak kemas
Selepas : Pantri telah dikemas dengan baik
Sebelum : Ruang penyelia tidak berada di dalam keadaan yang strategi
Selepas : Ruang penyelia telah dialih dan berada di dalam keadaan yang selesa
Saturday
Perlantikan AJK Pasukan Eksa 2018
Dalam memastikan perjalanan EKSA berjaya dan mencapai matlamat, seperti biasa perlantikan AJK di Zon Anggerik telah dibuat. Hal ini amat penting untuk menyelaras, memastikan perjalanan dan segalan kegiatan dapat dilakukan secara bersama-sama dan tidak hanya mengharap penglibatan daripada satu bahagian sahaja.
Di bawah adalah senarai nama AJK bagi Zon Anggerik 2018 :
Di bawah adalah senarai nama AJK bagi Zon Anggerik 2018 :
Audit Dalaman EKSA JKDM Johor Bil. 1/2018
Lawatan oleh Jawatankuasa Audit Dalaman EKSA JKDM Johor ini diketuai oleh Tn. Ahmad Bin Ismail dan 3 orang pegawai lain iaitu Pn. Siti Nor Anira Binti Abdul Rashid, Pn. Siti Nadiah Binti Jomberi dan Pn. Aneza Binti Doal.
Banyak input dan idea dapat dikongsikan bersama selain melihat dan meninjau bagaimana perlaksanaan EKSA dilakukan di bangunan baru Kompleks Import Eksport, Jabatan Kastam Diraja Malaysia Pasir Gudang.
Lawatan diakhiri dengan sesi jamuan. Semoga pertemuan ini dapat juga meningkatkan hubungan silaturahim dan kemesraan antara warga Kastam.
Tuesday
Aktiviti EKSA Zon Anggerik : Bengkel Bil. 1 2018
Pada 01-02 April 2018, Zon Anggerik telah mengadakan aktiviti pertama bagi tahun 2018. Bengkel Bil. 1 telah diadakan di bangunan baru Zon Anggerik. Kesemua AJK Eksa bahagian pengurusan, import dan eksport telah terlibat.
Sunday
Gotong Royong Bil. 2/2017 JKDM Pasir Gudang
Gotong-royong bulanan Bil 2/2017 telah diadakan bagi menambah baik ruang kerja agar menepati standard penandaarasan yang telah ditetapkan.
Penambah-baikan ruang kerja turut melibatkan pasukan EKSA serta kakitangan Jabatan Kastam Pasir Gudang.
➤ Menambah baik label-label |
➤Ruang legar pejabat pengurusan |
➤ Mengemaskini wayar / kabel pada komputer |
➤Sudut pensijilan |
➤ Mengemaskini bilik fail
|
➤ Mengemas di ruang legar pejabat bahagian Pengurusan |
➤Gotong-royong di ruang unit Import |
➤Gotong-royong di unit Import |
GOTONG ROYONG KHAS PELUPUSAN DOKUMEN 2017
Gotong-royong khas bagi pelupusan dokumen cawangan Eksport, Import, Kawalan dan Pengurusan Jabatan Kastam Pasir Gudang telah dijalankan pada sepanjang bulan Mac 2017.
Kesemua ahli EKSA dan pegawai atasan serta kakitangan jabatan turut terlibat menjayakan program dan pelaksanaan Eksa JKDM Pasir Gudang 2017.
Gotong-royong yang dilakukan bermula dari jam 0800 pagi dan berakhir pada jam 1700 petang. Hasil daripada penjualan dokumen lama, pasukan Eksa JKDM Pasir Gudang berjaya dimasukkan ke dalam rekod hasil kutipan kitar semula.
Subscribe to:
Posts (Atom)